Sabtu, 20 Februari 2016

PENERIMAAN SANTRI BARU TAHUN PELAJARAN 2016/2017 PONPES ULUMUL QUR'AN

PENERIMAAN SISWA/SISWI (SANTRI) BARU atau PINDAHAN TAHUN AJARAN 2016/2017
PONDOK PESANTREN ULUMUL QUR'AN KUNIR

Gelombang Pertama 14 Maret s/d 14 Mei 2016. Seleksi tanggal 21 Mei 2016
Gelombang Kedua 14 Juni 31 Juli 2016. Seleksi 1 Agustus 2016 

PROGRAM PENDIDIKAN :
SALAFIYYAH (Kajian Kitab Turats dan Tahfidz Al-Qur'an)
MADRASAH TSANAWIYAH (MTs)
SEKOLAH MENENGAH KEJURUAN (SMK)

Ekstra Kulikuler :
Khitobah
Seni Hadroh
Marcing Band 
Seni Bela diri Pagar Nusa 

Syarat Pendaftaran:
1. Foto copy Ijazah dan SKHUN SD dan sederajat bagi yg mendaftar MTs. (2 lembar)
2. Foto copy Ijazah dan SKHUN SMP dan sederajat bagi yang mendaftar SMK (2 lembar)
3. Foto copy Akte Kelahiran dan Kartu Keluarga (2 lembar)
4. Pas Photo 2x3 (4 lembar) 3x4 (4 lembar)
5. Bersedia diam di Pondok (Asrama) selama belajar
6. Dihantar oleh orang tua atau wali santri
Contec Person : 085224334218 (Humaedi)

Kamis, 19 Agustus 2010

Metode Tafsir Ayat Hukum

Metode Tafsir Ayat Hukum ini pada pembahasannya dibahagi kepada dua, iaitu metode penyusunan dan metode pentafsiran.

A. Metode penyusunan kitab tafsir ayat hukum

Dalam penyusunannya para ulama menempuh jalannya sendiri-sendiri. Secara umum boleh disebutkan disini, antaranya:

  1. Disusun berdasarkan bab-bab, sebagaimana bab-bab fikah. Setiap bab diberi tajuk yang sesuai dengan masalah yang akan di sampaikan. Metode ini seperti yang dilakukan oleh al-Ja
    ssas dalam kitabnya.
  2. Menyebutkan surah kemudian menyebutkan sejumlah ayat ahkam didalamnya dan menjelaskan ayat demi ayat dengan mengatakan misalnya “ayat yang pertama mengandungi lima masalah”. Metode ini diterapkan oleh Ibn al-`Arab
    i.
  3. Disusun berdasarkan urutan surah, menyebutkan nama surah, berkaitan dengan ayat ahkam di bawah ayat disebutkan masalah yang akan di bahas. Seperti kalimat “dalam ayat ini mengandungi 21 masalah, pertama… kedua… dan seterusnya. Metode ini seperti yang telah dilakukan oleh al-Qur
    tubi.Disusun tidak berdasarkan urutan surah.
  4. Disusun berdasarkan bab-bab sebagaimana bab-bab fikah. Pada setiap bab dimasukkan ayat-ayat di bawah satu tajuk, seperti bab taharah dalam bab ini didatangkan ayat-ayat al-Quran dengan disertai penjelasan yang tajam, menjelaskan hukum-hukum yang bersesuaian dengan pendapat al-imam al-Ithn
    a `Asyariyyah dengan pertentangannya dengan mazhab lain. Metode ini diterapkan oleh Miqdad al-Suyuri dalam kitabnya Kanz al-`Irfan.
  5. Disusun berdasarkan urutan mushaf. Pertama menyebutkan ayat kemudian menyebutkan asb
    ab al-nuzul dan menjelaskan hukum syarak seperti ungkapan “ayat ini mempunyai beberapa faedah (hukum-hukum syarak) yang pertama seperti… kedua….. dan seterusnya. Metode ini seperti di lakukan oleh al-Zaydi dalam kitabnya al-Thamarat al-Yani`ah.


B. Metode pentafsiran

Mengenai pembahasan ini, tidak banyak para ulama yang membincangkannya. Oleh itu, metode yang akan dijelaskan di sini, semata-mata terlahir daripada kajian terhadap beberapa kitab di atas. Dan merupakan apa yang berlaku secara umum. Secara umum metode-metode tersebut antaranya:

1. Merujuk kepada pandangan fukaha

Tidak mengherankan ketika membahas persoalan hukum Islam, pandangan para fukaha, terutamanya para imam mazhab merupakan rujukan utama. Oleh itu dalam tafsir ayat hukum ini, para pentafsir hampir tidak luput untuk memasukannya dalam pentafsiran.

Umpamanya apa yang dilakukan Ibn al-`Arabi ketika mentafsirkan surat al-Baqarah (2):229. iaitu pada masalah yang ke delapan, beliau mengambil pandangan al-Syafi`i, katanya: “al- Syafi`i berkata: dari ayat ini dapat diambil pengertian bahawa lafaz "السراح" termasuk lafaz-lafaz talak yang jelas yang tidak memerlukan kepada niat.”[1]

Al-Jassas pun melakukan perkara yang sama, ketika mentafsirkan surat al-Baqarah (2):184, iaitu pada bab hamil dan menyusui. Ia mengambil beberapa pandangan para ulama diantara Abu Hanifah Malik dan al-Syafi`i.[2]

2. Membincangkan persoalan khilafiah

Metode ini maksudnya bahawa dalam mentafsirkan sesuatu ayat, mufasir akan memasukkan permasalahan khilafiah dalam pentafsirannya. Umpamanya yang dilakukan oleh Ibn al-`Arabi dalam tafsirnya. Iaitu ketika beliau mentafsirkan surah al-Maidah (5): 6. pada masalah yang ke 27, iaitu mengenai tafsir lafaz “برؤوسكم”. Ibn al-`Arabi membincangkan masalah mengusap kepala dalam wuduk. Di dalamnya beliau memasukkan persoalan khilafiah diantara para ulama. Katanya :

Para ulama berbeza pendapat mengenai persoalan mengusap kepala kepada 11 pendapat. Pendapat pertama bahawa jika mengusap satu helai rambut dari kepala maka sudah mencukupi. Pendapat kedua tiga helai rambut…”.[3]

Setelah menyebutkan semua pendapat di atas, kemudian dijelaskan sumber dan alasan masing-masing pendapat tersebut dengan panjang lebar.[4]

Metode inipun diguna pakai oleh al-Jassas, ketika beliau mentafsir surah al-Baqarah (2):173. Dalam hal ini beliau mengemukakan berbagai pendapat para fukaha mengenai keharusan mengambil manfaat bulu khinzir. Katanya:

“Sungguh para fukaha berselisih pendapat mengenai keharusan mengambil manfaat bulu khinzir. Abu Hanifah dan Muhammad berkata “jaiz mengambil manfaat bulu khinzir kerana tujuan untuk melubangi atau menjahit (li al-Khirz)”……. Dan al-Syafi`i berkata “tidak harus mengambil manfaat bulu khinzir”…..”.[5]

Al-Qurtubi pun dalam pentafsirannya banyak membawa persolan khilafiah. Umpamanya ketika beliau mentafsirkan surah al-Baqarah (2):183, iaitu pada masalah yang ke empat beliau membincangkan khilafiah mengenai keutamaan berbuka atau terus berpuasa dalam perjalanan.[6] Begitu juga ketika beliau mentafsirkan (2):187 pada masalah yang ke sepuluh, sebelas dan dua belas mengenai permasalah beban yang ditanggung isteri ketika melakukan hubungan dengan suami pada siang hari bulan Ramadan. Atau mengenai hubungan yang dilakukan kerana lupa akan puasanya.[7]

3. Menggunakan kaidah nahu

Pentafsiran dengan bentuk ini bukan merupakan hal yang baru, tetapi ianya sering sekali digunakan sandaran dalam pentafsiran. Lebih-lebih bagi pentafsir yang mempunyai kemampuan dalam bidang nahu.

Begitu juga dalam tafsir ayat hukum. Metode ini ada juga dipakai dalam pentafsiran. Umpamanya apa yang dilakukan oleh al-Kiya dalam tafsirnya, iaitu ketika ia mentafsirkan ayat 23 dari surah al-Nisa. Ia membincangkan persoalan “syarat dukhul” bagi diharamkannya ibu mentua. Dalam mengulas persolan tersebut beliau membincangkan masalah na`t (sifat). Diakhir perbincangannya beliau berkata:

“ Hasil dari perbincangan ini bahawa hukum itu terjadi pada Ummahat al-Nisa (ibu mentua) dan terjadi pada al-Raba’ib (anak tiri). Penyandaran lafaz min al-Nisa’ Allati Dakhaltum bihinn itu tidak layak dengan Ummahat al-Nisa. Akan tetapi layak dengan lafaz al-Raba’ib. Maka “syarat dukhul” itu menjadi al-Raba’ib dan menduduki posisi na`t.[8]

Mengenai ayat tersebut juga Ibn al-`Arabi membibncangkan perselisihan diantara ahli mahu mengenai sifat lafaz Allati Dakhaltum bihinn.[9]


4. Menggunakan kaedah usul al-fiqh

Perbincangan usul al-fiqh merupakan perbincangan yang selalu ada dalam persoalan fikah. Oleh itu bukan merupakan hal yang baru ketika dalam mentafsirkan ayat-ayat yang pada umumnya berkaitan dengan fikah dalam pentafsirannya menggunakan kaedah usul al-fiqh.

Umpamanya Ibn al-`Arabi[10] ketika mentafsirkan ayat 23 dari surah al-Nisa, pada masalah yang ke empat beliau menjelaskan kalimat

ãNà6çF»yg¨Bé&ur ûÓÉL»©9$# öNä3oY÷è|Êör&

Berdasarkan mutlaknya lafaz, ia bermaksud keharaman susuan pada mana-mana waktu, samaada dari anak kecil atau orang dewasa. Maknanya susuan itu bersifat mutlak tidak ditentukan masanya. Kemudian beliau menyebutkan ayat lain sebagai penjelas atau muqayyad kepada ayat tersebut iaitu surah al-Baqarah (2) :233.

* ßNºt$Î!ºuqø9$#ur z`÷èÅÊöム£`èdy»s9÷rr& Èû÷,s!öqym Èû÷ün=ÏB%x. ( ô`yJÏ9 yŠ#ur& br& ¨LÉêムsptã$|ʧ9$# 4

Begitu juga ketika mentafsirkan surah al-Baqarah (2):173. pada masalah yang kelima, iaitu ketika menjelaskan kata "والدمّ". Ibn al-`Arabi menjelaskan bahawa lafaz tersebut dalam ayat ini berlaku mutlak. Kemudian beliau menjelaskan muqayyadnya pada surah al-An`am ayat 145 iaitu lafaz "مسفوحا".[11]


5. Menyebutkan Asbab al-Nuzul

Metode ini diguna pakai oleh Ibn al-`Arabi ketika mentafsirkan surah al-Baqarah(2):229. dalam ayat itu beliau membawa sebab turunnya ayat sebagai berikut:

“Telah tetap bahawa menurut kaum jahiliyyah tidak ada jumlah bilangan dalam talak sementara idah ditentukan. `Urwah menceritakan seraya berkata “ada seorang mencerai isterinya kemudian merujuknya sebelum habisnya masa idah”. Ada seorang lelaki daripada kaum ansar memarahi isterinya, kemudian berkata “saya tidak akan mendekati kamu dan kamu tidak halal bagi saya”. Istreri itu berkata kepada suaminya “ bagaimana?” laki-laki itu berkata “saya menceraikan kamu sehingga ketika ajalmu tiba maka saya merujuk kamu”. Kemudian isteri tersebut menceritakan kejadian itu kepada Rasulullah SAW. Maka kemudian Allah SWT menurunkan ayat “الطلاق مرّتان[12]








[1] Ibn al-`Arabi (1988), op.cit.,j.1 h. 261.

[2] al-Jassas (1992), op.cit., h.223.

[3] Ibn al-`Arabi (1988), op.cit., j.2. h. 60.

[4] Lihat Ibid. h. 60-64.

[5] al-Jassas (1992), op.cit., h.153-154.

[6] Abu `Abd Allah al-Qurtubi (1993), op.cit., h. 188.

[7] Ibid., h. 215.

[8] Al-Kiya al-Harrasi (1985), op.cit., h. 397

[9] Lihat Ibn al-`Arabi (1988), op.cit.,j.1, h. 484

[10] Ibid, h.482

[11] Ibid.,h. 79.

[12] Ibid, h. 257

Sabtu, 14 Agustus 2010

Tafsir Nusantara

TAFSIR AL-IBRIZ
(satu pengenalan)

Oleh : Abi Dehya


I. Pendahuluan

Al-Qur’an diturunkan sebagai petunjuk bagi umat manusia, penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu serta pemisah antara yang hak dan yang batil.
Sebagai sebuah petunjuk tentunya al-Qur’an harus dipahami, dihayati dan diamalkan oleh seluruh manusia. Namun realitasnya tidak semua orang bisa dengan mudah memahami al-Qur’an. Bahkan sahabat-sahabat nabi pun yang secara am menyaksikan turunnya wahyu, mengetahui konteknya, serta memahami struktur bahasa dan makna kosa katanya, tidak jarang mereka berbeda pendapat atau bahkan keliru memahami maksud-maksud firman Allah yang mereka dengar atau mereka baca. Oleh itu Rasulullah mengemban tugas bagi menjelaskan (Mubayyin) maksud firman Allah tersebut.

Pada masa itu, Rasulullah langsung menjelaskan al-Qur’an kepada para sahabat tentang erti dan kandungan al-Qur’an, khususnya mengenai ayat-ayat yang sulit dipahami atau sukar ertinya. Oleh kerananya jarang sekali bahkan umat islam tidak pernah menemukan kesulitan dalam memahami ayat suci al-Qur’an, sebab --apabila mereka mendapat kesulitan-- mereka langsung bertanya kepada Rasulullah, dan kemudian beliau menjelaskan maksud ayat tersebut.
Lain halnya sepeninggal Rasulullah, di mana pada masa itu tidak ada seorang pun yang menjadi rujukan utama atau figur sentral “sebagaimana rasul” sebagai tempat bertanya, mengadu dan meminta petuah. Padahal masalah-masalah yang pada masa rasul tidak ada, mulai bermunculan. Untuk menjawab semua itu ada beberapa langkah yang dilakukan oleh para sahabat.
Pertama, mereka langsung melihat hadis, kerana mereka berkeyakinan rasululah lah yang paling banyak mengetahui tentang wahyu Allah.mereka juga mengambil langkah dengan cara menafsirkan ayat al-Qur’an dengan ayat lainnya, kemudian kita kenal cara penafsiran ini dengan tafsir bi al-ma’thur.

Kedua langkah yang mereka tempuh adalah menanyakan langsung kepada para sahabat yang terlibat langsung, serta memahami konteks ayat tersebut. Selain bertanya kepada sahabat senior “sebagai sumber informasi” , mereka juga bertanya kepada orang-orang ahl al-Kitab, terutama mengenai tema-tema yang berkaitan dengan umat dahulu, kerana ada sebahagian masalah dalam al-Qur’an yang memiliki persamaan dengan masalah dalam kitab suci mereka. Penafsiran itu kemudian berkembang sejalan dengan perkembangan pemikiran manusia dan keperluannya terhadap urgensi al-Qur’an sebagai petunjuk, sampai-sampai tanpa disedari bercampurlah hadis-hadis sahih dengan kisah isra’iliyat. Sehingga diantara para ahli tafsir --dalam kitab tafsirnya-- secara sedar atau tidak sedar ramai memasukkan kisah isra’iliyat. Kemudian dengan kehadirannya dalam penafsiran al-Qur’an menjadi ajang polemik di kalangan para ahli tafsir.

Pada masa sekarang ini untuk memahami ayat al-Qur’an, satu-satunya rujukan utama para ulama adalah kitab tafsir. Kitab tafsir al-Ibriz karya KH. Bisri Mustofa adalah kitab tafsir yang tergolong bernilai dan banyak dikaji, khasnya di Indonesia. Untuk mengetahui lebih jauh tentang tafsir ini rasanya perlu untuk dilakukan kajian secara serius. Dalam kesempatan ini, penulis hanya sedikit akan memperkenalkan tafsir ini dengan berbagai keterbatasan, kerana masa dan kesempatan yang kurang memadai. Semoga memberi manfaat.

II. Biografi dan kitab Al-Ibriz

A. Biografi pengarang

Nama sebenar pengarang al-Ibriz ialah KH. Muhammad Bisri Mustofa. Semasa kecil beliau bernama Muhammad Masyhadi. Beliau dilahirkan pada 10 hb Ogos tahun 1915 M. di kota rembang, jawa tengah dari pada pasangan suami istri Muhammad Zaenal Mustofa dan Siti Khodijah.

Bisri Mustofa tumbuh dan berkembang dalam suasana dan lingkungan yang islami, selain beliau sendiri mendapat bimbingan agama dari orang tuanya beliau juga banyak belajar diberbagai pondok pesantren, sama ada yang di dalam kota ataupun diluar kota, bahkan beliau pernah belajar di Mekah selama lima tahun, iaitu pada tahun 1933 sehingga 1938. Pada waktu itu beliau berusia 18 tahun. Sedangkan pendidikan formal yang pernah beliau lalui adalah HIS (sekolah Dasar sekarang). Jadi keilmuannya banyak didapati dari pada pondok pesantren.

Adapun diantara pondok pesantren yang pernah disinggahinya adalah : PP. Kajen, Pati Jawa tengah, PP. Karang Geneng, Rembang Jawa tengah, PP. Kasingan, Rembang Jawa tengah dan PP. Lasem , Rembang Jawa Tengah

Adapun ketika beliau belajar di kota suci Mekah, beliau belajar kepada ramai guru. Guru beliau diantaranya iaitu : Syekh Bakir al-Jukjawi, Syekh Alwi al-Makki, Syekh Umar Hamdan, Sayyid Amin, Sayyid Alwi, Syekh Hasan Massad dan Syekh Abdullah Muhaimin.
Aktiviti atau kegiatan beliau selain bergerak dalam bidang dakwah juga dalam bidang politik. Dalam bidang politik beliau banyak bergerak di Masyumi, NU dan PPP. Dalam bidang dakwah selain beliau sebagai pengasuh pondok pesantren “Raudotut Tolibin” Rembang, beliau juga menjadi PNS (pegawai negri sivil) di Depag. Akan tetapi aktiviti kesehariannya, ia tumpukan pada pondok pesantren.

Ditengah-tengah kesibukannya, beliau masih menyempatkan diri mengarang kitab-kitab. Beliau adalah seorang penulis yang produktif, selama hidupnya lebih kurang 127 kitab telah beliau susun, dengan mencakupi berbagai-bagai bidang keilmuan, iaitu tafsir, hadis, akidah, fiqh, Usul Fiqh, Tasawuf, Bahasa, Mantiq, sejarah, Ulumul Qur’an, dan Ulumul Hadis. Diantaranya iaitu kitab “al-Ibriz” , sebuah kitab tafsir yang sekarang dikaji penulis.Corak karya beliau lebih merupakan sebuah Nazom, tarjamah dan esai dalam bahasa jawa dan Indonesia.
Sebagai seorang pengasuh pondok, pegawai negri, ahli politik dan juga penulis, beliau juga menjadi seorang ayah yang sukses dalam mendidik putranya. Hal itu terbukti dengan putra-putra beliau yang diperhitungkan di jajaran ulama Indonesia. Diantara putranya yang paling menonjol adalah KH. Cholil Bisri dan KH. Mustofa Bisri (Gus Mus). Mustofa Bisri selain beliau sebagai pengasuh pondok pesantren “Raudotut Tolibin” (mengantikan ayahnya) juga sebagai ketua syuriah di PB NU dan sebagai seorang budayawan terkenal. Sedangkan Cholil Bisri (abang dari Gus Mus) selain beliau mempunyai peranan penting dalam NU juga sebagai anggota DPR Pusat.
Dalam kondisi putra-putranya yang berhasil KH. Bisri Mustofa pulang ke rahmatullah pada 16 hb Februari 1977, iaitu pada usia 62 tahun.

B. Kitab Tafsir al-Ibriz

1. Karakteristik

Al-Ibriz karya seorang ulama terkemuka di Indonesia, Khasnya di pulau Jawa, adalah kitab tafsir yang disusun dalam tulisan jawi (pegon) dan menggunakan bahasa jawa.
Nama sebenar kitab ini adalah “al-Ibriz Li/fi Ma’rifah Tafsir al-Qur’an al-`Aziz”. Karya tafsir ini merupakan kitab tafsir yang bernilai dan mudah dipahami, kerana disusun dan disajikan dalam bentuknya yang sistematis, akan tetapi kerana ditulis dalam bahasa jawa menyebabkan karya tafsir ini hanya boleh dipahami bagi orang-orang yang mengetahui struktur bahasa jawa.

Adapun kitab ini disajikan dalam bentuknya sebagai berikut :
1. al-Qur’an ditulis di tengah dengan mengunakan makna gandul
2. Tarjamahnya tafsir ditulis di pinggir dengan menggunakan tanda nombor. Nombor ayat jatuh pada akhir ayat dan nombor tarjamah jatuh pada awalnya.
3. Keterangan lain diberi tanda : تنبيه, فائدة, مهمّة
4. Tafsir ini disusun berdasarkan juzu’ dalam al-Qur’an. Ertinya satu jilid mengandungi satu juzu’. Jadi semuanya terdapat 30 jilid. Ini adalah cetakan yang paling awal. Dikemudian hari kitab ini dicetak sebanyak tiga jilid, masing-masing 10 juzu’ dan inilah yang digunakan penulis.
Kitab tafsir ini merupakan kitab tafsir yang sengaja disusun dalam bahasa jawa, kerana menurut hemat pengarang telah banyak kitab tafsir sebelumya yang disusun dalam mana-mana bahasa. Lain halnya dengan bahasa jawa masih sangat minim. Oleh itu, kitab ini disusun untuk disuguhkan kepada kaum muslimin yang memahami bahasa jawa. Kitab tafsir ini disusun dengan bersumberkan pada tiga kitab pokok diantaranya tafsir Jalalayn, Baydowi dan al-Khazin. Disamping juga dari kitab tafsir lainnya. Jadi ada kemungkinan tafsir ini lebih merupakan sebuah kumpulan atau kutipan dari ketiga kitab di atas. Sangat disayangkan penulis dalam kesempatan ini tidak boleh melihat secara langsung ketiga kitab itu sehingga tidak boleh membuktikan dugaan tersebut, kerana tidak sedikit waktu yang diperlukan dan memerlukan kajian lebih mendalam. Kitab ini selesai disusun pada hari kamis menjelang subuh 29 hb Rajab 1379 H. bertepatan 28 hb Januari1960 M

Boleh kita tengok pada ayat-ayat yang mempunyai hubung kait dengan kisah-kisah, hampir semuanya terdapat kisah israiliyah, misalnya pada beberapa ayat di bawah ini :
a. Surat al-Baqarah : 247-248. Iaitu tentang kisah raja Talut. Menceritakan tentang peti (ukurannya) yang diberikan kepada raja Talut yang menyebabkan bani Israil mempercayainya sebagai pemimpin.
b. Surat al-Kahfi : 16. Iaitu tentang Ashab al-Kahfi. Menjelaskan tentang proses ashab al-kahfi masuk dalam gua, anjingnya dan menjelaskan sebagian namanya.
c. Surat Sad : 25. Iaitu tentang kisah nabi Daud. Menceritakan tentang jumlah istri nabi Daud dan juga proses beliau mengambil istri orang.
d. Surat Sad : 34. Tentang kisah nabi sulaiman. Menceritakan tentang cincin nabi sulaiman.
e. Al-Anbiya’ : 84, tentang kisah nabi ayyub. Menceritakan tentang keluarga nabi ayub, jumlah anaknya juga dijelaskan tentang sakit nabi ayub yang menyebabkan beliau diasingkan oleh orang banyak.

Dalam menyenaraikan kisah tersebut, Bisri Mustofa sama sekali tidak menyebutkan sumbernya. Beliau hanya memberi tanda di awal cerita dengan kata “قصّة” atau “حكاية”. Jadi corak israiliyah yang di bawanya adalah "kisah israiliyah yang disenaraikan tanpa riwayat dan tanpa komentar". Seakan-akan pengarang kitab ini menerima terhadap apa yang telah dibawanya.
Menurut hemat penulis banyaknya beliau dalam memasukkan kisah israiliyah dalam tafsirnya, ini jelas merupakan keterpengaruhan beliau dengan tafsir al-Khazin yang telah kita kenal sebagai sebuah tafsir yang banyak sekali memuat israiliyah. Akan tetapi sangat disayangkan dalam menyenaraikannya, Bisri Mustofa tidak memberikan komentar dan juga tanpa menyebutkan sanadnya. Model inilah yang banyak dikecam oleh kebanyakan ahli tafsir dan boleh menyebabkan berkurangnya nilai sebuah tafsir.

Begitu juga dalam menyenaraikan hadis. Selain sedikit sekali hadis yang beliau bawa dalam penafsirannya beliau juga berbagai-bagai dalam menyenaraikannya. Ada yang hanya menyebutkan sebahagian matan sahaja, misal ketika beliau memberikan tafsiran pada surah al-Baqarah ayat 177, iaitu tentang masalah rukun iman. Beliau senaraikan sebagian potongan hadis, iaitu وبالقدر خيره وشرّه. Ada yang menyebutkan potongan hadis disertai mukharrij. Misal ketika menjelaskan tentang wasiat dalam surat al-Baqarah ayat 180-182 dengan menyenaraikan hadis imam al-Tirmidhi لاوصيّة لوارث dan ada juga yang menyebutkan maksud dengan menjelaskan sumbernya. Iaitu ketika beliau menjelaskan tentang isu salam dalam surah al-Nisa ayat 86.

2. Sistematika dan manhaj penyusunan al-Ibriz

a. Sistematika

Kaitannya dengan sistematika penyusunan kitab tafsir, sedikitnya ada tiga sistematika penyusunan yang kita kenal, antara lain : pertama tartib Mushafi (urutan ayat dan surat), kedua tartib nuzuli (urutan kronologi turunnya surat), ketiga tertib mawdu`i (urutan sesuai tema).
Dalam hal ini kitab tafsir al-Ibriz, mengikuti sistematika yang pertama, iaitu tartib mushafi. Kerana dalam kitab tafsirnya Bisri Mustofa berusaha menafsirkan sesuai dengan urutan ayat dan surat. Mulai dari surat al-Fatihah sehingga kepada surat al-Nas.

Sistematika tersebut juga pernah dilakukan oleh Ibn Jarir al-Tabari ( 224 -310 H) dalam tafsirnya “Jami` al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an”. Hal ini berlainan dengan cara yang ditempuh semisal al-Qurtubi (M. 671), al-Maraghi dan al-Qasimi yang menempuh cara pengelompokan ayat-ayat yang berada di suatu tempat yang masih dalam satu konteks pembicaraan.

b. Manhaj penyusunan

Menurut al-Farmawi ada empat metode yang digunakan oleh masing-masing ahli tafsir dalam mempersembahkan karya tafsirnya, metode-metode yang dimaksud adalah: pertama metode Tahlili, kedua metode Ijmali, ketiga Metode Muqaran dan ke empat metode Mawdu`i.

Dilihat dari sisi ini, penulis belum boleh memastikan secara tepat, kerana di dalamnya di satu tempat Bisri Mustofa hanya menjelaskan maksud ayat itu dengan sangat singkat, dan di tempat yang lain selain beliau menjelaskan maksud inti ayat, beliau juga memberikan keterangan tambahan bahkan ada yang menjelaskan tentang kisah secara panjang lebar. Jadi kemungkinan tafsir al-Ibriz yang menggunakan tartib Mushafi, menggunakan gabungan dua metode metode yang pertama iaitu metode Tahlili dan metode ijmali. Akan tetapi apbila di lihat secara amnya penulis lebih cenderung mengatakan bahawa tafsir al-Ibriz adalah menggunakan metode “Tahlili”, kerana Di dalamnya pada sebagian besar ayat ia berusaha menjelaskan kandungan al-Qur’an secara rinci. metode ini juga digunakan oleh Ibn Kathir dalam Tafsir al-Qur’an al-Azim dan al-Suyuti dalam al-Durar al-Mansur fi Tafsir al-Ma`thur.

Dengan metode tahlili ini Bisri Mustofa berusaha menjelaskan kandungan ayat al-Qur’an dengan gaya penafsiran dan coraknya tersendiri. Dalam hal ini ada beberapa hal yang perlu diketahui mengenai gaya atau bentuk tafsir al-Ibriz dalam penyusunannya, diantaranya iaitu :
a. pada awal surah beliau mesti menjelaskan tentang Makki atau Madani surah tersebut.
b. Dalam penafsirannya beliau juga menyebutkan tentang asbab al-Nuzul. Mengenai hal ini boleh dilihat dalam surah al-Baqarah ayat 221, al-Nisa ayat 94, al-Maidah ayat 110, al-Tawbah ayat 101-103 dan al-Baqarah ayat 186
c. Dalam memberikan tambahan keterangan beliau bagi tanda تنبيه فائدة مهمّة. Tanda ‘Tanbih” sebagai contoh boleh dilihat dalam surat al-Baqarah : 184, al-Maidah : 2, 4, 14 dan ayat 13. Tanda “Muhimmah” misal dalam surah al-Baqarah :182, al-Nisa: 86 dan al-An`am : 34. dan “Faidah” misal dalam surah al-Baqarah :179, al-Tawbah : 60 dan al-Maidah : 3, 82 dan 95.
3. Corak penafsiran dalam al-Ibriz.
Kitab tafsir al-Ibriz seperti yang telah dijelaskan sendiri oleh pengarang dalam muqaddimahnya, bahawa tafsir ini diambil dari pada tafsir Jalalayn, Baydawi dan al-Khazin dengan mengatakan :
“ ……Kangge nambah khidmah lan usaha ingkang sae lan mulya funika…….dene bahan-bahannipun tarjamah tafsir ingkang kawula segahaken punika mboten sanes inggih namung metik saking tafasir-tafasir mu`tabarah kados tafsir Jalalayn tafsir Baydawi tafsir Khazin lan sapanunggalannipun.”

Dari pada ini, kita dapat membaca bahawa isi dalam tafsir al-Ibriz kebanyakan dikutif dari ketiga tafsir tersebut. Akan tetapi sangat disayangkan dalam menafsiri beliau tidak menjelaskan secara langsung dari al-Jalalayn atau dari pada mana penafsiran itu diambil (kecuali sedikit), sehingga menyusahkan kita untuk merujuk kepada kitab asal. Mungkin beliau mencukupkan diri dengan apa yang telah dijelaskan dalam muqaddimahnya.
Terlepas dari pada itu semua, untuk menentukan corak penafsiran dalam al-Ibriz perlu kita lihat beberapa penafsiran di bawah ini, antaranya :

a. al-Baqarah :183-184
Dalam ayat ini dijelaskan tentang kewajiban berpuasa, jumlah bilangan puasa dan udhur puasa. Kemudian setelah itu diberi keterangan tambahan dengan menggunakan tanda “Tanbih” , lengkapnya sebagai berikut :
“Tanbih : perayoga banget tumeraf kito ngaji bab-bab kang gegandengan karo kawenangan muka sebab loro atawa lelungan……….”
Dalam hal ini Bisri menjelaskan bahawa dalam memahami ayat tersebut tidak boleh hanya memahami zahir ayat sahaja. Oleh itu memerlukan alat lain iaitu ilmu fiqh. Kerana menurutnya kebolehan berbuka puasa itu ada syarat-syaratnya.

b. al-Maidah : 73
dalam ayat ini beliau berkata :
“ Yekti temen kufur wong-wong kang podo neqodaken muni yen Allah Ta`ala iku kaping telune telu, ora ono pengeran kejobo mung Allah Ta`ala dewe. Yen wong kang koyo mengkono iku ora podo mareni pengucape (wong-wong kang tetep kufur) mesti bakal nandangi siksa kang ngelaraake. Muhimmah : nasara kang kasebut ana ing ayat iki arane golongan nasturiyah lan marqusiyah, iaiku golongan kang nekodaken yen pengeran iku telu, Allah, Isa lan Ibune.”

Dalam ayat ini pengarang menjelaskan tentang kelompok yang termasuk dalam ayat tersebut, iaitu kelompok Nasturiyah dan Marqusiyah, kelompok yang meyakini adanya tiga tuhan.

c. al-Tawbah : 60
Ayat ini menjelaskan tentang kelompok (asnaf) yang berhak menerima zakat. Dalam hal ini Bisri Mustofa memperbincangkan tentang masalah “Sabilillah” dengan membawa berbagai pendapat para ulama. Beliau lebih cenderung pada pendapat Syafi’i dan jumhur ulama yang mengatakan bahawa yang dimaksud sabilillah adalah bagi yang jihad di jalan Allah. Jelasnya inilah ungkapan beliau :
“ Faidah : dawuh “وفى سبيل اللّه” iku biyasane nyok digawe geger, sa golongan duwe panemu yen “وفى سبيل اللّه” iku khusus marang jihad fi Sabilillah (perang sabilillah). Sagolongan duwe panemu “وفى سبيل اللّه” iku umum endi-endi dalane Allah Ta`ala, iaiku dalan-dalan kebecikan. Sejatine golongan kang awal mahu manut madhhab Syafi`i lan Jumhur ulama, golongan kang kapindo manut tafsir al-Manar………….”

d. al-Anbiya : 84
dalam menjelaskan ayat ini disenaraikan secara panjang lebar tentang kisah nabi Ayyub. Jelasnya sebagai berikut :
“قصّة : Nabi Ayyub iku golongane nabi kang sugih bondo, sugih sapi, sugih unto, wedus, gajah, himar lan liya-liyane. Sawah lan tegalan atusan bahu, putrane bagus-bagus = kakung pitu, putri pitu , jumlahe pat belas, daleme ugo gede tur bagus. Nanging sergepe ibadah ora karuan. Jalaran mengkono Iblis banget hasude, nuli ngumpulaken `Ifrit lan Jin kaperdi ajak ngerusak nabi Ayub………..nuli iblis podo mendo dadi uler pada ngeroyok nabi Ayyub nuli boroken, badane abuh pating penyonyok, gatelen siksikan terus sahinggo daginge podo kerowak lan gandane bacin. Akhire nabi Ayyub digetingi uwong akeh di sitera ana ing jabane kampung………”

Kisah ini menjelaskan tentang gangguan syetan terhadap nabi Ayyub, ia nya merasa dengki kerana keberhasilan nabi Ayyub dan keharmonisan nya. Hal itu sebenarnya tidak menjadi hal bagi Iblis justeru –dalam kondisi serba kecukupan dan kesibukan-- ibadahnya yang luar biasa itulah yang menyebabkan dengkinya Iblis.sehingga dia dengan kawannya berusaha menghancurkan Ayyub. Sampai dalam kisah ini diceritakan pula tentang penyakit yang diderita oleh nabi Ayyub.
Kisah ini oleh sebagian ulama dianggap telah merusak muruah nabi Ayyub sebagai seorang nabi utusan Allah.

III. Kesimpulan dan Saran

A. Kesimpulan
Dari pembahasan di atas dapat ditarik kesimpulan sebagai berikut :
  1. Tafsir al-Ibriz adalah kitab tafsir bahasa jawa dan dalam tulisan jawi yang mengikuti tartib Mushafi (urutan ayat dan surah) dan menggunakan manhaj atau metode Tahlili.
  2. Kaitannya dengan isra’iliyah, tafsir al-Ibriz ini masih memberi kelonggaran masuknya cerita isra’iliyah dan Bisri Mustofa meriwayatkannya tanpa sanad dan tanpa komentar.
  3. Kitab tafsir ini bersumber pada tiga kitab tafsir masyhur al-Jalalayn, al-Baydawi dan al-Khazin
  4. Dalam penyajiannya, sebagai tambahan keterangan diberi tanda تنبيه فائدة مهمّة. قصّة dan حكاية.

B. Saran

Kitab tafsir al-Ibriz merupakan kitab tafsir yang berbahasa jawa yang mempunyai nilai tinggi dan dikaji disebagian besar pondok pesantren di indonesia terutama di pulau jawa. Oleh itu merupakan usaha yang sangat mulia apabila ada peminat al-Qur’an yang menyalinnya ke mana-mana bahasa dan membersihkan kitab tafsir tersebut dari kisah-kisah israiliyah yang batil dengan jalan mengoreksi kisah tersebut dengan teliti dan menyeluruh, sehingga akan jelas mana kisah israiliyah yang bisa diterima dan ditolak oleh syara’. Terakhir penulis berharaf semoga tujuan mulia ini dapat terlaksana. Amin.

















Sabtu, 10 April 2010

Sejarah Berdiri

Pondok Pesantren Ulumul Qur'an adalah lembaga pendidikan yang mengkaji tentang keislaman yang bersandarkan pada kitab-kitab ulama salaf (al-kutub al-salafy), dan dengan dipadukan dengan kitab-kitab ulama khalaf. pondok ini berdiri selain sebagai tuntunan dakwah Islamiyah, juga sebagai respon atas banyaknya anak-anak usia SMP yang tidak mengaji dan atas keikhlasan seorang dermawan yang rela mengorbankan hartanya untuk pembangunan pondok ini. pondok ini mulai beroperasi baru pada tahun 2008.